Followers

Dec 29, 2017

satu tahun :)

indahnya perasaan saat pertama kali melihat kamu,
dalam dakapan mak,
seiring iqamat dilaung perlahan sebak dan gembira oleh kekanda.

bermulalah warna warni dalam kanvas hidup mak,
melihat kamu tertawa, senda dan cibi semacam mak (kata uwo)
hari-hari,
mak selalu bersyukur diberi rezeki ini.

saat kamu lelapkan mata,
mak tatap wajah kamu sedalam-dalamnya nak.
betapa sucinya kurniaanNya.
sebesar-besar nikmat tak terperi.

selamat satu tahun, srikandi anakanda mak.
mak sentiasa doakan yang terbaik untuk kamu
dunia dan akhirat.

sayang selalu,
Mak ♥

Dec 28, 2017

hari ini .. setahun yang lalu ..

28/12/2016

menjengah seminggu EDD kamu nak, sensitifnyalah mak.
apa saja bergenang mata.
salah cakap pun bergenang jua.
cepatlah lahir ya sayang.
mak abah tak sabar nak jumpa kamu.
mak tak mahu lagi bermelodrama macam ini.

Nov 21, 2017

how lucky am i,
having someone like you
completing this imperfection of me?